Tahu tak yang zaman remaja kita ni paling seronok !? APA! TAK TAHU?? sekarang dah tahu kan? Jadi.. chill la. TAKE IT EASY , MAKE IT SWEET
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA semua..terima kasih kerana sudi melawat blog rasmi PRS SMK Tun Perak Muar. Semoga anda suka dan tertarik dengan entri-entri dan info-info yang kami sediakan.. :)

Friday, 14 September 2012

FASA 4 : KONSEP DIRI

Fasa kali ini memaparkan tentang konsep diri yang bermaksud pendirian atau personaliti seseorang.
Konsep diri juga termasuklah pengetahuan , kemahiran , kecekapan , nilai , dan pengalaman hidup.
Pada sesi ini , para pelajar diminta menyatakan apa yang selalu difikirkan melalui mental , kecekapan melalui perlakuan , emosi melalui perasaan dan pengalaman melalui apa yang telah dilalui sama ada pahit atau manis dan positif atau negatif .
Para pelajar juga telah didedahkan dengan berapa segmen yang menarik seperti mengenali sejauh mana rakan baik kita , apa yang diharapkan daripada rakan baik mereka dan sebagainya. Semasa sesi ini , para pelajar terhibur dengan aktiviti yang dijalankan ini.
Semasa fasa ini dijalankan , kami didedahkan dengan tiga kategori manusia , daya tarikan insan dan imej yang menawan.

TIGA KATEGORI MANUSIA tersebut ialah :

Berdaya
semalam : diri mereka baik
hari ini : diri mereka pada hari ini sangat baik
      
Terpedaya
semalam : diri mereka baik
hari ini : diri mereka juga baik

Celaka (maaf bahasa tidak elok)
semalam : diri mereka baik
hari ini : diri mereka teruk

Para pelajar yang ingin berjaya haruslah mempunyai kategori berdaya yang akan membawa mereka kepada sahsiah yang baik seterusnya menuju kejayaan

DAYA TARIKAN INSAN termasuklah aura dan karisma (cara pemakaian)

IMEJ YANG MENAWAN pula dibahagikan kepada 11S , 1M dan 1D iaitu :

 Solat

 Sangka baik

 Senyum ikhlas

 Sedekah

 Sabar

 Seronok

 Sayang-menyayangi

 Sahsiah positif

 Sunnah

 Sakaratul maut

 Syukur

 'Style'

 Sistematik

M

 Maaf-bermaafan

D

 Doa


Sebagai rumusan , kami dapat mengenali diri kami sendiri dengan lebih mendalam ,  mengenali rakan baik kami , cara-cara yang dapat digunakan untuk mengeratkan hubungan persahabatan dan imej seorang PRS yang dapat menyakinkan orang ramai tentang kredibiliti kami.

*jom tengok gambar-gambar kami kat bawah ini :)









TERIMA KASIH BACA . LIKE BANYAK-BANYAK TAW !

Wednesday, 12 September 2012

FASA 3 : KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI

Definisi Komunikasi

Mengikut dunia moden pada masa sekarang, komunikasi merupakan nilai-nilai teras untuk membuat hubungan antara satu sama lain kerana komunikasi ialah salah satu proses untuk pertukaran informasi ataupun data, untuk kefahaman di antara penghubung.

Konsep-konsep Komunikasi

Komunikasi melibatkan pancaran berasal secara lisan (verbal) dan bukan secara lisan (non-verbal) mesej. Di dalam komunikasi terdapat pengantar, penerima dan saluran dari komunikasi untuk proses pancaran maklumat dan sebagainya. Komunikasi merupakan bahagian yang penting dalam sosial sebab komunikasi interaksi, membuat manusia boleh tukar-menukar  idea-idea dan sikap.
 Masalah  Komunikasi
  • Komunikasi merupakan proses penghantaran dan penerimaan mesej melalui simbol-simbol yang bermakna. Dengan lain perkataan komunikasi merupakan pemindahan maklumat dan kefahaman daripada satu individu dengan individu lain melalui simbol-simbol yang bermakna, komunikasi seperti  alat penghubung antara manusia dengan lingkugannya dan manusia dengan dirinya sendiri .
  • Masalah komunikasi yang berlaku antara berkomunikasi itu berada banyak sebab yang menyebabkan iaitu :
        - Masalah yang disebabkan oleh penghantar dan penerima.
        - Masalah yang disebabkan oleh bahan atau maklumat terbahagi kepada 2 :

     1- Masalah qualiti bahan, termasuk ketepatan dan kejelasan kesulitan nilai yang sesuai atau sifat substansi.
     2-  Masalah maklumat yang sangat lambat, kelajuan atau frekuensi.
Media yang menyebabkan masalah dalam komunikasi iaitu terlalu kecil dan tidak ada tanda yang jelas dari objek media seperti isyarat gambar, simbol, tingkahlaku dan lain-lain.



TERIMA KASIH BACA . LIKE BANYAK-BANYAK TAW !

Tuesday, 11 September 2012

Modul Latihan PRS

Kesedaran kendiri Kemahiran asas kaunseling  Kemahiran asas komunikasi  Ujian

TERIMA KASIH BACA . LIKE BANYAK-BANYAK TAW !

mulanya sejarah kami :)

Program pembimbing rakan sebaya (PRS) telah diperkenalkan di sekolah menengah malaysia pada tahun 1998 setelah Insitut Aminuddin Baki menjalankan kursus kejurulatihan bagi kumpulan pertama.sehingga tahun 1992,tiga kumpulan jurulatih telah menghadiri kursus ini di Institut Aminuddin Baki.
Pembimbing Rakan Sebaya ialah seorang pelajar yang telah dilatih dalam bidang kemahiran asas kaunseling dan komunikasi. Ia berfungsi sebagai seorang pembimbing yang berkesan kepada rakan sebaya, terutama kepada mereka yang memerlukan pertolongan.Program ini telah diperkenalkan di sekolah-sekolah menengah seluruh Malaysia pada tahun 1987 Satu faedah yang didapati ialah dalam masa mereka menolong kawan memahami diri dan masalhnya, Pembimbing Rakan Sebaya sendiri akan belajar memahami dirinya sendiri. Ini yang dipanggil kesedaran-kendiri atau dalam kata lain self-awareness.
TERIMA KASIH BACA . LIKE BANYAK-BANYAK TAW !