Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Wah, kami dah mula dapat permintaan! Seronoknya. Permintaan ini daripada seorang rakan yang mengunjungi blog kami ni. Tanpa membuang masa cepat-cepat kami tunaikan. Ini dia, tips untuk mengawal kemarahan. Kami harap tips ni sedikit sebanyak dapat membantu anda.
TARIK NAFAS DALAM-DALAM DAN DALAM
Lebih-lebih pulak kan. Hehe. Apabila kita marah, badan kita akan keluarkan hormon serotonin. Bila kita tarik nafas dalam-dalam, udara yang disedut itu dapat mengurangkan kadar hormon ni.
INGATKAN DIRI SENDIRI
Orang yang tidak dapat mengawal kemarahan adalah merupakan orang yang tiada keyakinan pada diri sendiri. Apabila kita marah, tiada siapa yang dapat mengawalnya melainkan diri kita sendiri. Kita kena ingatkan pada diri kita yang marah-marah ini akan memberikan kesan negatif kepada diri kita.
FIKIR SESUATU YANG BOLEH BUAT KITA GEMBIRA
Fikirkan sesuatu yang boleh buat kita gembira sampai rasa nak melompat ke angkasa! Haha. Hiperbola. Itu nak menunjukkan yang anda gembira lah. Elakkan fikirkan perkara yang boleh buat kita marah tadi. Cuba fikirkan sesuatu yang mungkin memberikan anda ketenangan atau kegembiraan.
Contohnya :
KELUAR DARIPADA SITUASI MARAH
Jangan meletakkan diri anda didalam situasi tersebut kerana sudah pasti anda akan membuat keputusan yang salah. Cuba cari jalan untuk keluar dari situasi tersebut dengan cara yang anda rasa selesa seperti mendiamkan diri, mendengar lagu, keluar bersama rakan atau sebagainya.
BERISTIFAR
InsyaAllah hati kita akan memperolehi ketenangan..
***Jangan marah-marah lagi ye, ceria selalu.
ALA.. MENGANTUKNYA!
Mengantuk ketika belajar sememangnya masalah utama pelajar.
Alamak, kalau terus macam ni macam mana nak berjaya kawan-kawan? Jom berubah? baca tips kat bawah ni untuk menangani masalah mengantuk :
- BASUH MUKA
- Ini perkara asas biasa dilakukan pelajar. Jika semasa guru mengajar kita terasa mengantuk, minta kebenaran keluar ke bilik air dan basuh muka.
- TIDUR AWAL
- Masalah mengantuk kerap dikaitkan dengan tidur lewat. Berjaga sehingga lewat malam memang menyebabkan mengantuk pada siang hari. Disiplin diri dengan tidur awal kerana tidur awal dapat merehatkan badan dan minda secukupnya.
- BUAT SENAMAN RINGAN
- Lebih baik, ajak rakan-rakan sekelas lakukan aktiviti senaman bersama. Buat dalam 5-10 minit sahaja. Pasti terhibur dan menghilangkan rasa mengantuk. Tak percaya? Cubalah! :)
- TANYA SOALAN
- Jika terasa mengantuk, angkat tangan dan tanya soalan atau beri pendapat kepada guru yang sedang mengajar. Biasanya, jika bercakap akan hilang perasaan mengantuk.
- MINUM AIR MASAK
- Air memberi tenaga kepada badan yang letih. Minum air dapat memberikan kesegaran kepada tubuh badan.
- MENJAGA MAKANAN
- Elak makan terlalu kenyang kerana perut yang kenyang akan menyebabkan keletihan dan rasa malas. Makan secara seimbang dan sederhana.
P/S : JANGAN SAMPAI JADI MACAM NI YE. HEHE |
JOM BELAJAR KAWAL STRESS
Hello . Dalam segmen ni kami nak bagi sikit tips kat anda.. :) Semua orang pernah mengalami stress kan? Jangan kata tak ada okey , nampak sangat tipu nya tu . Sebenarnya ada yang tak berapa nak tahu apa itu stress kan.. Stress ni..
Okey..sekarang ni kami nak bagi TIPS untuk kita yang remaja ni ikuti :
- Elakkan stress yang tak perlu.
Contohnya macam disebabkan sebiji jerawat yang tumbuh kat muka. Benda macam tu tak sepatutnya di fikirkan sampai tercabut semua skru dalam kepala. Normal lah kan tumbuh jerawat. Lagi banyak lagi bagus, aksesori gitu. Be positive.
- Sesuaikan diri dengan situasi.
Contohnya ni pelajar baru, dan kawan baru anda ni suka sangat nak bercakap dengan anda walaupun masa tu cikgu tengah mengajar. Al-maklum la, mungkin kawan anda tu excited dapat kawan baru kan. Jadi, anda kena la cakap baik-baik dengan dia, jangan pulak keluarkan bahasa yang kesat ye. Nasihatkan dulu baik-baik tapi kalau dia tetap tak berubah, anda kena bertindak lebih tegas! Tegur dia sambil buat muka guru disiplin(garang&bengis) . hehe
- Terima kenyataan.
Jangan pernah cuba untuk mengawal perkara yang kita tak dapat nak kawal.. Luahkan perasaan perit, sakit, sedih anda pada seseorang yang boleh dipercayai, sebaik-baiknya ahli keluarga lah. Kalau nak cerita pada kawan boleh.. TAPI berhati-hati dalam memilih kawan tau, sebab tak semua kita boleh percaya. Kita juga perlulah belajar untuk memaafkan orang lain.
- Cari masa untuk berehat dan bergembira.
Daripada asyik nak fikir masalah je kan, lebih baik kita bagi otak rehat sekejap, pergi la berjalan-jalan ke, main game ke(jangan terlebih pula), pergi minum teh dengan kawan ke (orang tua-tua selalu cakap nge-teh. pernah dengar tak? hehe). Cara yang paling relaxing, pergi bercuti ataupun dengar lagu-lagu yang menenangkan jiwa.. :)
- Pada yang islam tu, berdoa lah kepada Allah untuk memperolehi hati yang tenang..
Kesimpulannya , walau macam mana besar masalah yang kita hadapi, kita kena percaya pada diri yang kita dapat menangani masalah tersebut. Tabahkan hati dan kuatkan diri. Apa-apa pun ingat yang zaman remaja kita ni sekejap je.. jadi.. TAKE IT EASY , MAKE IT SWEET :)
'LAST MINUTE STUDY??'OH TIDAK!RELAX, BACA NI :
Siapa yang suka belajar saat-saat akhir atau dengan bahasa mudah yang anda selalu gunakan 'last minute' bila waktu peperiksaan hampir tiba? Kat sini , kami nak kongsi sikit petua yang boleh anda gunakan supaya anda tak lah terlalu runsing memikirkan yang anda tak dapat jawab peperiksaan/ujian pada hari tersebut.
hah . sekarang dah rasa lega sikit tak ? TAPI , walau apa-apa pun , anda kena ingat satu perkara . Jangan belajar dalam keadaan macam nie selalu tau ! Seeloknya , siapkan diri anda sebulan sebelum peperiksaan . Insyaallah anda tak kan hadapi masalah nanti . SEMOGA BERJAYA :)
JOM UJI DIRI? SERONOK TAU!
'LAST MINUTE STUDY??'OH TIDAK!RELAX, BACA NI :
Siapa yang suka belajar saat-saat akhir atau dengan bahasa mudah yang anda selalu gunakan 'last minute' bila waktu peperiksaan hampir tiba? Kat sini , kami nak kongsi sikit petua yang boleh anda gunakan supaya anda tak lah terlalu runsing memikirkan yang anda tak dapat jawab peperiksaan/ujian pada hari tersebut.
1) Bertenang dan jangan cemas
Anda perlu bertenang dan jangan cemas. Tiada faedah yang akan diperolehi sekiranya anda cemas keterlaluan.Selepas bertenang buat penilaian apa tindakan yang akan diambil seterusnya. Rancang tindakan yang akan anda ambil dan disiplinkan diri untuk mengikut perancangan yang dibuat.
2) Beri tumpuan lebih terhadap pembelajaran
Letakkan seluruh tumpuan fikiran anda kepada proses pembelajaran yang anda lakukan. Jangan terlalu memikirkan bahawa anda kesuntukan masa. Hafal perkara yang sepatutnya dihafal seperti biasa dan jangan melengah-lengahkan masa belajar. Meskipun anda cuba mengenepikan ketakutan dan kegelisahan yang anda alami itu, tetapi lama-kelamaan perasaan itu akan datang semula. Sekiranya hal ini berlaku, cuba alihkan diri anda dari tempat belajar untuk melakukan senaman ringan seperti berdiri sambil menarik dan melepaskan nafas panjang-panjang secara perlahan-lahan beberapa kali. Kemudian duduk semula dan cuba teruskan pembelajaran anda.
3) Yakin terhadap kebolehan diri
Selalu tanamkan dalam diri anda bahawa “saya boleh” dan tulis besar-besar dan terang dan letakkan di hadapan anda (di tempat anda belajar). Tiap-tiap kali anda melihat kad itu anda yakin bahawa anda boleh berjaya.
4) Masa rehat perlu secukupnya
Semasa belajar anda berasa cepat letih, sama ada dari segi fizikal atau mental. Ambil masa untuk otak anda berehat sepenuhnya. Anda juga digalakkan bangun dan cuba berjalan-jalan sebentar dan setelah merasakan kelegaan barulah anda menyambung semula pembelajaran anda.
5) Hapuskan tabiat suka tidur
Kurangkan waktu tidur anda demi meraih satu kejayaan. Gunakan lebih banyak masa mengulangkaji pelajaran di samping melakukan latihan-latihan sendiri supaya anda berkeyakinan. Jadualkan masa tidur anda supaya anda tidak terlebih tidur.
6) Jangan mengambil sebarang ubat yang meragukan
Pengambilan sebarang ubat mengganggu sistem saraf dan menyebabkan keadaan menjadi tegang dan mudah terangsang. Seeloknya untuk mengawal rasa mengantuk, amalkan meminum lobak susu kerana ia akan mencergaskan lagi otak untuk berfikir.
7) Beri tumpuan lebih kepada bab yang penting
Dalam keadaan sebegini, anda hanya sempat mempelajari bahagian-bahagian yang penting sahaja. Jangan beri tumpuan berlebihan kepada bahagian-bahagian yang kurang penting. Cuba pilih lima atau enam isi penting daripada satu-satu bahagian dan tuliskan isi-isi penting ini di atas kertas dan cuba ingat serta hafalkan.
hah . sekarang dah rasa lega sikit tak ? TAPI , walau apa-apa pun , anda kena ingat satu perkara . Jangan belajar dalam keadaan macam nie selalu tau ! Seeloknya , siapkan diri anda sebulan sebelum peperiksaan . Insyaallah anda tak kan hadapi masalah nanti . SEMOGA BERJAYA :)
JOM UJI DIRI? SERONOK TAU!
Hai , Nak main satu permainan tak ? Uji diri anda okey :
1. Pernahkah anda berasa orang kurang menyukai anda apabila mereka mengetahui banyak maklumat tentang diri anda ?
A. Selalu B. Kadang-kadang C. Tidak pernah
2. Apabila anda dipuji, biasanya anda
A. Tidak begitu selesa B. Sangat suka C. Berasa sangat malu
3. Burung manakah yang anda rasa dikasihani
A. Burung merak B. Burung pipit C. Burung helang
4. Dalam keadaan bagaimana anda menerima cabaran?
A. Secara sendirian B. Dengan galakan orang lain C. Apabila terdapat desakan daripada keadaan
5. Apabila secara tiba-tiba anda terlihat bayangan wajah anda di cermin kereta ataupun di cermin lain, bagaimana anda melihat imej anda?
A. Lebih menarik daripada yang anda percaya B. Kurang menarik C. Sama seperti yang difikirkan
6. Anda mencuri masa belajar untuk berehat, adakah anda berasa.....
A. Sangat bersalah sehingga tidak dapat berseronok
B. Seronok dengan sedikit rasa bersalah
C. Tidak berasa apa-apa dan terus berseronok
7. Apabila anda membandingkan diri anda dengan kawan rapat anda, adakah anda merasaka mereka....
A. Lebih bijak daripada anda? B. Sebijak anda? C. Tidak sebijak anda?
8. Apabila anda bertemu orang yang kelihatan tidak menyenangi diri anda, anda berasa....
A. Risau tentang apa yang anda mungkin lakukan padanya.
B. Mengesyaki dia berasa iri hati pada anda
C. Terima keadaan kerana merasakan anda tidak boleh memenangi hati semua orang
9. Apabila anda melakukan kesilapan sama ada di rumah atau di sekolah, adakah anda.....
A. Ketepikan saja dan mengatakan tiada siapa yang sempurna.
B. Susah hati sehingga anda diberitahu perkara itu kecil sahaja.
C. Berasa sangat runsing tentang kesilapan yang anda buat
Sekarang ni semak skor okey?
1. a = 0 b = 1 c = 2
2. a =1 b = 2 c = 0
3. a = 2 b = 0 c = 1
4. a = 2 b = 1 c = 0
5. a = 0 b = 2 c = 1
6. a = 0 b = 1 c = 2
7. a = 0 b = 1 c = 2
8. a = 0 b = 2 c = 1
9. a = 2 b = 1 c = 0
1. Skor 1 - 6
yang tidak tepat. Anda tidak berlaku adil pada diri sendiri. Sebenarnya orang lain menghargai diri anda.
Bercakaplah dengan diri secara positif apabila anda berjaya melakukan sesuatu dengan baik. Jangan
sesekali anda mengutuk diri apabila anda melakukan kesilapan. Belajar menjadi lebih objektif ye.
2. Skor 7 - 12
Anda memiliki imej kendiri baik. Penilaian pada diri anda memang realistik. Anda melihat diri anda
sebagaimana orang lain juga melihatnya.
3. Skor 13 - 18
'meninggi diri'. Individu yang memiliki imej kendiri yang sangat tinggi meletakkan nila dirinya yang tinggi
dalam semua aspek sehingga kadang kala dia dianggap angkuh dan meninggi diri. Nilai semula diri anda
dan berfikir dengan lebih realistik. Tidak ada manusia yang sempurna dan tahu serba-serbi dalam semua
perkara.Tidak ada manusia yang sempurna dan tahu serba-serbi dalam semua perkara. Anda menjadi
lebih berjaya dan mendapat ramai kawan apabila anda menerima hakikat ada masanya elok bagi anda
merendah diri iaitu mengamalkan sikap sederhana (imej kendiri baik). Jangan sombong-sombong lagi ya! :)
Ha, macam mana? Terima dengan hati terbuka ya.