Tahu tak yang zaman remaja kita ni paling seronok !? APA! TAK TAHU?? sekarang dah tahu kan? Jadi.. chill la. TAKE IT EASY , MAKE IT SWEET
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA semua..terima kasih kerana sudi melawat blog rasmi PRS SMK Tun Perak Muar. Semoga anda suka dan tertarik dengan entri-entri dan info-info yang kami sediakan.. :)

Friday, 14 September 2012

FASA 4 : KONSEP DIRI

Fasa kali ini memaparkan tentang konsep diri yang bermaksud pendirian atau personaliti seseorang.
Konsep diri juga termasuklah pengetahuan , kemahiran , kecekapan , nilai , dan pengalaman hidup.
Pada sesi ini , para pelajar diminta menyatakan apa yang selalu difikirkan melalui mental , kecekapan melalui perlakuan , emosi melalui perasaan dan pengalaman melalui apa yang telah dilalui sama ada pahit atau manis dan positif atau negatif .
Para pelajar juga telah didedahkan dengan berapa segmen yang menarik seperti mengenali sejauh mana rakan baik kita , apa yang diharapkan daripada rakan baik mereka dan sebagainya. Semasa sesi ini , para pelajar terhibur dengan aktiviti yang dijalankan ini.
Semasa fasa ini dijalankan , kami didedahkan dengan tiga kategori manusia , daya tarikan insan dan imej yang menawan.

TIGA KATEGORI MANUSIA tersebut ialah :

Berdaya
semalam : diri mereka baik
hari ini : diri mereka pada hari ini sangat baik
      
Terpedaya
semalam : diri mereka baik
hari ini : diri mereka juga baik

Celaka (maaf bahasa tidak elok)
semalam : diri mereka baik
hari ini : diri mereka teruk

Para pelajar yang ingin berjaya haruslah mempunyai kategori berdaya yang akan membawa mereka kepada sahsiah yang baik seterusnya menuju kejayaan

DAYA TARIKAN INSAN termasuklah aura dan karisma (cara pemakaian)

IMEJ YANG MENAWAN pula dibahagikan kepada 11S , 1M dan 1D iaitu :

 Solat

 Sangka baik

 Senyum ikhlas

 Sedekah

 Sabar

 Seronok

 Sayang-menyayangi

 Sahsiah positif

 Sunnah

 Sakaratul maut

 Syukur

 'Style'

 Sistematik

M

 Maaf-bermaafan

D

 Doa


Sebagai rumusan , kami dapat mengenali diri kami sendiri dengan lebih mendalam ,  mengenali rakan baik kami , cara-cara yang dapat digunakan untuk mengeratkan hubungan persahabatan dan imej seorang PRS yang dapat menyakinkan orang ramai tentang kredibiliti kami.

*jom tengok gambar-gambar kami kat bawah ini :)









TERIMA KASIH BACA . LIKE BANYAK-BANYAK TAW !

No comments: