Tahu tak yang zaman remaja kita ni paling seronok !? APA! TAK TAHU?? sekarang dah tahu kan? Jadi.. chill la. TAKE IT EASY , MAKE IT SWEET
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA semua..terima kasih kerana sudi melawat blog rasmi PRS SMK Tun Perak Muar. Semoga anda suka dan tertarik dengan entri-entri dan info-info yang kami sediakan.. :)

INFO PRS


SEJARAH PENUBUHAN PRS
Program pembimbing rakan sebaya (PRS) telah diperkenalkan di sekolah menengah malaysia pada tahun 1998 setelah Insitut Aminuddin Baki menjalankan kursus kejurulatihan bagi kumpulan pertama.sehingga tahun 1992,tiga kumpulan jurulatih telah menghadiri kursus ini di Institut Aminuddin Baki.
Pembimbing Rakan Sebaya ialah seorang pelajar yang telah dilatih dalam bidangkemahiran asas kaunseling dan komunikasi. Ia berfungsi sebagai seorang pembimbing yang berkesan kepada rakan sebaya, terutama kepada mereka yang memerlukan pertolongan.Program ini telah diperkenalkan di sekolah-sekolah menengah seluruh Malaysia pada tahun 1987 Satu faedah yang didapati ialah dalam masa mereka menolong kawan memahami diri dan masalhnya, Pembimbing Rakan Sebaya sendiri akan belajar memahami dirinya sendiri. Ini yang dipanggil kesedaran-kendiri atau dalam kata lain self-awareness.


OBJEKTIF

1. Boleh menguruskan emosi dan sahsiah dengan kemahiran asas kaunseling.
2. Boleh menjadi PRS terlatih dan dapat menjadi pendengar yang baik dan berkeupayaan membantu rakan.
3. Boleh membantu guru bimbingan dan kaunseling memperluas khidmat melalui projek membantu yang dijalankan oleh PRS.
4. Boleh berinteraksi dengan berkesan bersama rakan sebaya serta dapat memberi pertolongan dalam mengatasi gejala disiplin di sekolah


IKRAR PRS

''saya / kami dengan ini berikrar menerima dan mematuhi serta mengamalkan teras-teras perkhidmatan semasa berkhidmat sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) sesi 2012. Menerima jawatan ini dan sanggup memikul tanggungjawab serta amanah yang diberikan tanpa mengira tempat , masa, dan rakan.
*Berpegang teguh kepada etika Pembimbing Rakan Sebaya.
*Berusaha menjadi pelajar contoh
*Berazam meningkatkan mutu akademik dan disiplin diri
*Berkhidmat dengan penuh kemesraan dan kasih sayang
*Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan PRS
.

LAGU PRS

Pembimbing Rakan Sebaya
menawar khidmat bakti
menjana kegemilangan
wawasan negara

Kami berdiri megah
dengan tekad dan harapan
membantu dan membimbing
penuh kasih mesra

* PRS pemangkin
masyarakat penyayang
berilmu,beramal
bentuk jati diri

Pembimbing Rakan Sebaya
siap sedia berjasa
membentuk dan membina hidup yang bermakna

* nak dengar? Klik video di bawah*







CARTA ORGANISASI PRS SMK TUN PERAK




TERIMA KASIH BACA . LIKE BANYAK-BANYAK TAW !

No comments: